| Pusat Kokurikulum UUM | Unit Perniagaan Tani | Unit Kepimpinan | Unit Seni Tampak | Unit Seni Muzik |
| Unit Pengurusan Sukan | Unit Teknologi Media | Unit Kemahiran Hidup | Unit Seni Suara | Unit Keusahawanan |
| Unit Khidmat Masyarakat | Unit Pertolongan Cemas | Unit Sains Sukan | Unit PALAPES | Unit SUKSIS |

UNIT SENI BELA DIRI
UUM MENANG 2 EMAS 3 PERAK DAN 2 GANGSA TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN TAEKWONDO TERBUKA JEMPUTAN UNIVERSITI NOTTINGHAM KAMPUS MALAYSIA
Seramai 16 mahasiswa terdiri daripada pelajar kokurikulum Taekwondo Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai oleh Cik Nur Fitriah Hani Kashfi, Jurulatih Taekwondo telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Sparring dan Poomsae anjuran Universiti Nottingham Kampus Malaysia pada 3 – 4 April 2015 bertempat di Kompleks Sukan Universiti Nottingham, Semenyih.
Sebanyak 40 kategori yang dipertandingkan mendapat sambutan penyertaan kira-kira 200 peserta dari 18 Universiti Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. UUM yang menyertai pertandingan ini telah mendapat 2 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa. 2 Emas yang disumbangkan adalah dalam acara Junior Poomsae Berkumpulan dan Female Senior Sparring Kategori Heavy. Female Senior Sparring Kategori Fly, Kategori Bantam dan Kategori Light berjaya mendapat pingat Perak. Manakala 2 Gangsa adalah dari acara Female Senior Poomsae Individu dan Male Senior Sparring Kategori Middle. Prof. Madya Dr. Fauzi Hussin, Penyelaras Unit Seni Bela Diri Pusat Kokurikulum UUM ternyata bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar kokurikulum dari Sub Unit Taekwondo itu. Katanya penyertaan pelajar daripada bidang kokurikulum tidak hanya mampu mencungkil bakat dan bahkan kepada kecergasan otak mereka menghadapi proses pembelajaran disamping memupuk semangat berpasukan, kesukanan dan disiplin yang tinggi. |
PERTAHANKAN DIRI ANDA DAN KELUARGA TERSAYANG SEBELUM TERLAMBAT
Seni pertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata
dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang
lain. Seni bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di
medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan apabila peperangan telah
berkurangan dan penggunaan senjata
moden mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang
di kalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang
awam.
Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir setiap negara mempunyai seni bela diri yang berkembang sama ada secara tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk. Sebagai contoh seni silat adalah seni bela diri yang berkembang di negara ASEAN dan terdapat di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Brunei. Bagaimanapun kemudahan perhubungan dan komunikasi yang ada pada masa ini memudahkan perkembangan idea dan seni bela diri tidak lagi terhad di tanah asalnya tetapi telah berkembang keseluruh dunia. |
BENGKEL PENGADILAN DAN PERTANDINGAN SILIBUS SILAT SENI GAYONG SERANTAU MALAYSIA
Sintok, Dewan serbaguna DPP Tradewinds - Sub Unit Seni Bela Diri Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia bersama Pertubuhan Seni Gayong Serantau Negeri Kedah Darul Aman telah menganjurkan Bengkel Pengadilan Dan Pertandingan Silibus. Bengkel ini dibuka kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus kokurikulum Silat Gayong dan telah dilaksanakan di Dewan Serbaguna DPP Tradewinds iaitu bermula dari 24 April hingga 25 April 2015. Seramai 42 orang peserta daripada Silat Gayung IV (A) dan (B) telah hadir mengikuti program ini.
Tujuan Program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar Universiti Utara Malaysia sendiri dalam mengendalikan sebuah kejohanan silat. Selain itu, ia adalah bertujuan bagi mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke sebarang kejohanan di setiap peringkat serta meningkatkan tahap disiplin dan jati diri kepada semua pesilat. Berbantukan jurulatih dari sub unit ini dan modul yang disediakan, kami dapat memperlihatkan keunikan seni bela diri di samping menguji tahap permainan kami sebagai pesilat. Di samping itu, program ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara pesilat-pesilat dalam kalangan pelajar kokurikulum Silat Gayong.
Berdasarkan dialog yang dilakukan dengan Encik Ismail Ibrahim iaitu Jurulatih Silat Gayung IV, beliau merasa teruja apabila program seperti KLK ini dilaksanakan. Beliau berpendapat bahawa program seumpama ini boleh melatih kemahiran individualistik di samping meningkatkan ilmu persilatan setiap pelajar. Beliau amat berharap agar program sebegini dijadikan sebagai tradisi dan diteruskan pada masa hadapa. Pada penghujung program, Encik Ismail meluahkan perasaan bangga dengan mengucapkan ‘syabas’ kepada anak didik beliau kerana berjaya menyempurkan program ini dengan jayanya.
Menurut Encik Khairul Hisham Md. Ani selaku jurulatih Silat Gayung II, beliau telah menyifatkan program ini sebagai satu platform untuk pesilat menunjukkan kemahiran yang dimiliki melalui penguasaan silibus yang telah dipelajari selama menjalani kursus kokurikulum ini. Selain itu, tahap kekemasan buah adalah amat penting dan sering dititikberatkan oleh beliau sebagai seorang ahli pesilat itu sendiri.
Menurut Ustaz Abdul Malik Haji Lazim Al-Hafiz yang memberi tazkirah pada program tersebut, ilmu dapat disampaikan melalui banyak perbuatan termasuklah melalui seni bela diri yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Oleh itu, diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi melatih setiap pesilat agar boleh menguasai buah silat dan teknik tangkapan dengan lebih kemas serta memupuk disiplin diri yang tinggi dalam kehidupan seharian.

BENGKEL PRA PERTANDINGAN & PERTANDINGAN SILIBUS SILAT GAYONG SERANTAU MALAYSIA
Bengkel Pra Pertandingan Dan Pertandingan Silibus ini dianjurkan oleh Sub Unit Seni Bela Diri Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia bersama Pertubuhan Seni Gayong Serantau Negeri Kedah Darul Aman. Bengkel ini dibuka kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus kokurikulum Silat Gayong dan telah dilaksanakan di Dewan Serbaguna Tradewind iaitu bermula dari 24 April hingga 25 April 2015. Seramai 27 orang peserta daripada Silat Gayung II (B) telah hadir mengikuti program ini dengan jayanya.
Tujuan Program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar Universiti Utara Malaysia sendiri dalam menghadapi situasi sebenar dalam sesebuah kejohanan silat. Selain itu, ia adalah bertujuan bagi mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan disebarang kejohanan di setiap peringkat serta meningkatkan tahap disiplin dan jati diri kepada semua pesilat. Berbantukan jurulatih dari sub unit ini dan modul yang disediakan, kami dapat memperlihatkan keunikan seni bela diri disamping menguji tahap permainan kami sebagai pesilat. Di samping itu, program ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara pesilat-pesilat dalam kalangan pelajar kokurikulum Silat Gayong.
Menurut Encik Khairul Hisham Md. Ani selaku jurulatih Silat Gayung II(A) dan (B), beliau telah menyifatkan program ini sebagai satu platform untuk pesilat menunjukkan kemahiran yang dimiliki melalui penguasaan silibus yang telah dipelajari selama 2 semester ini. Selain itu, tahap kekemasan buah adalah amat penting dan sering dititikberatkan oleh beliau sebagai seorang ahli pesilat itu sendiri.
Oleh itu, diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi melatih setiap pesilat agar boleh menguasai buah silat dan teknik tangkapan dengan lebih kemas serta memupuk disiplin diri yang tinggi dalam kehidupan seharian.

KEM JATI DIRI DAN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT DI KG. TELUK NIPAH
Sub unit seni bela diri Silat Olahraga dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM ), Kg. Berona Kiri dan KPDNKK telah berjaya mengadakan program JALINAN MESRA SISWA/SISWI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA yang telah dilaksanakan di Kg. Berona Kiri, Jeniang, Kedah. Seramai 84 orang peserta telah mengikuti program ini dengan diiringi oleh jurulatih iaitu En.Mohd Sobri B.Hashim dan Encik Muhamad Asri Bin Awang Kechik.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan para pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat di luar kampus di samping menimba pengalaman-pengalaman baru yang berguna untuk dimanfaatkan pada masa hadapan. Program ini dijalankan selama tiga hari dua malam dan para peserta menginap di rumah keluarga angkat masing-masing di Kg. Berona Kiri, Kg. Berona Kiri Dalam, Kg. Berona Kanan, dan Kg. Kalai. Program ini telah mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dengan keluarga angkat masing-masing dan juga penduduk kampung.
Menurut YB Mahadzir yang merupakan perasmi program ini, beliau menyifatkan program ini adalah salah satu aktiviti yang sihat yang dapat memberi ruang kepada para pelajar untuk mengenali dan merasai kehidupan di kampung di samping dapat membina ukhuwah dengan penduduk kampung.
Melalui program ini, wujudnya hubungan silaturrahim yang baik dalam kalangan pelajar dengan keluarga angkat masing-masing serta penduduk kampung. Oleh itu, diharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi melatih dan membimbing mahasiswa mahasiswi dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan dapat merapatkan ikatan silaturrahim antara sama lain.

KEM BELANTARA ELIT
Sub Unit Kokurikulum Karate Do baru-baru ini telah mengadakan satu program wajib iaitu kegiatan luar kuliah bertempat di Kem Belantara Elit, Kuala Nerang. Seramai 33 ahli kokurikulum Karate Do kumpulan A dan 32 orang ahli kokurikulum Karate Do kumpulan B telah hadir mengikuti program ini. Dua orang jurulatih terdiri daripada jurulatih kumpulan A dan jurulatih kumpulan B telah hadir memberi taklimat dan petunjuk kepada ahli-ahli kokurikulum.
Antara tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mencari pengalaman baru kepada ahli-ahli Karate Do disamping melatih disiplin diri. Selain itu, program ini juga dapat merapatkan silaturahim antara sesama ahli tidak kira sama ada Melayu, Cina mahupun India. Akhir sekali, program ini juga dapat mewujudkan semangat kesukanan, setiakawan serta membentuk jati diri antara ahli dan kerjasama antara pasukan.
Menurut Encik Mokhtar Bin Abdullah, selaku penceramah jemputan pada hari kedua, kita sebagai seorang anak yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T sebagai satu anugerah kepada ibu dan bapa. Maka, seorang anak itu haruslah taat akan kedua ibu dan bapanya serta melakukan kebaikan kepada mereka samada masih ada mahupun telahpun tiada. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Mokhtar kerana menyampaikan ceramah yang cukup baik kepada para pelajar kerana dapat dilihat hampir kesemua pelajar mengalirkan air mata akibat terkesan akan kata-kata darinya.
Oleh itu, para pelajar diharapkan dapat menimba pengalaman yang luas serta dapat mengambil sedikit sebanyak iktibar daripada program yang dilaksanakan. Secara tidak langsung, melalui program seperti ini juga para pelajar diharapkan dapat menambahkan ilmu karate seperti yang disampaikan oleh para jurulatih.

LATIHAN TRANSFORMASI JATI DIRI
Kokurikulum seni bela diri KARATE DO dengan kerjasama KEM BELANTARA ELIT telah dilaksanakan di Kuala Nerang, Kedah. Seramai 67 orang dari kumpulan II telah hadir mengikuti program ini dengan diiringi oleh 2 orang jurulatih karate do. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara kumpulan dan untuk mengeratkan hubungan antara ahli karate do. Dengan berjalannya program ini semua ahli kokurikulum karate do dapat bekerjasama dengan baik walaupun berlainan kumpulan dan kaum.
Menurut En.Sulaiman jurulatih karate do, disiplin dalam diri seseorang sangat penting untuk membentuk jati diri yang baik di masa depan, jika seseorang tidak mempunyai disiplin dalam diri, orang tersebut merupakan orang yang tidak mempunyai matlamat dalam hidupnya.Oleh itu, diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan bagi melatih dan membimbing mahasiswa dalam memberi sumbangan kepada agama bangsa dan negara.
Menurut En.Sulaiman jurulatih karate do, disiplin dalam diri seseorang sangat penting untuk membentuk jati diri yang baik di masa depan, jika seseorang tidak mempunyai disiplin dalam diri, orang tersebut merupakan orang yang tidak mempunyai matlamat dalam hidupnya.Oleh itu, diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan bagi melatih dan membimbing mahasiswa dalam memberi sumbangan kepada agama bangsa dan negara.
KEM JATI DIRI DAN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT DI KG. TELUK NIPAH
GAMBAR SENI BELA DIRI
|
|
|
|
Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: 04-9283512 (Bahagian Akademik), 04-9283515 (Bahagian Aktiviti), 04-9283510 (Bahagian Pentadbiran) Fax: 04-9283502 Email: [email protected]